Setiap yang bernyawa pasti merasai mati,...
Dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di hari kiamat, lalu siapa saja dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan dalam syurga, itulah org yang beruntung..
Tidak ada kehidupan dunia, kecuali kesenangan yang menipu,.. 
Wahai hamba Allah!,,Ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat..iaitu persaksian, 
"Tiada Tuhan selain Allah s.w.t., dan Muhammad s.a.w. RasulNya..
Dan bahawasanya mati adalah benar..!
Alam kubur adalah benar..!
Kenikmatan dan siksa di dalamnya adalah benar..!
Pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir adalah benar..!
Kebangkitan darinya adalah benar..perhitungan yakni hisab adalah benar..!
Syafa'at nabi Muhammad s.a.w. adalah benar..!
Syurga dan neraka adalah benar.. !
Pertemuan dengan Allah bagi ahliNya adalah benar..!
Bahawasanya Allah membangkitkan orang-orang ahli kubur..

Sekarang kamu berada di alam barzakh! 
Alam antara dunia dan akhirat..!
Maka ketika dua malaikat Munkar dan Nakir yg ditugaskan oleh Allah s.w.t. mengunjungi kamu, janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar!..
Kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu, dari sekian banyak makhluk-makhluk Allah s.w.t.. Ketika mereka berdua bertanya kepadamu..
SIAPAKAH TUHANMU? 
SIAPAKAH NABIMU? 
APAKAH AGAMAMU? 
APA KIBLATMU? 
DAN APA PULA PEMIMPINMU? 
DAN SIAPAKAH SAUDARAMU? 

Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan! 
ALLAH S.W.T. ADALAH TUHANKU, 
MUHAMMAD S.A.W. ADALAH NABIKU,
ISLAM ADALAH AGAMAKU, 
KAABAH ADALAH KIBLATKU, 
KITAB AL-QURAN ADALAH PEMIMPINKU, 
DAN KAUM MUSLIMIN, MUSLIMAT, MUKMININ, MUKMINAT ADALAH SAUDARA-SAUDARAKU.. 

Serta dihidupkan kembali, In Syaa Allah, kamu termasuk orang-orang yang aman, selamat, dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap,

  "أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ"

Allah mengukuhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh,

  "أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ"

didunia dan di akhirat.


 يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾


فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي (٣٠

"Wahai jiwa yang tenang, pulanglah ke hadrat tuhanmu dengan gembira dan diredhai, 

Masuklah dalam jamaah hamba-hamba-Ku, Masuk pula dalam syurga-Ku" 
(Surah Al-Fajr 89: 27-30)


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhtilat ? IKHTILAT dari segi bahasa bererti meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya. 

Dari segi istilah syarak pula ikhtilat bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan. 


Persoalannya, mengapakah ikhtilat antara lelaki dan perempuan begitu dititikberatkan dalam Islam ? Macam inilah. Kalau pergaulan sesama lelaki dan sesama perempuan tidak perlulah dirisaukan kerana perkara tersebut dijamin tidak akan berlaku perkara maksiat padanya serta telah pun dibenarkan dan dihalalkan oleh syarak. Oleh hal yang demikian, persoalan ikhtilat antara lelaki dan perempuan akan dibincang serta dikupaskan. 


Ikhtilat dalam Islam begitu penting bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. Semua umat Islam wajib menjaganya. Ikhtilat tidak tertumpu kepada mereka yang remaja sahaja malah kepada semua golongan yang telah pun baligh sama ada yang dewasa atau pun yang sudah berusia. Jelas setakat ini ? 

Maksud daripada sabda Rasulullah :
"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan dia ditemani oleh mahramnya. Dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya."

Dalil di atas membuktikan bahawa kita wajib menjaga diri kita yakni menjaga ikhtilat. Allah melarang serta mengharamkan wanita bermusafir seorang diri tanpa ditemani mahramnya. Allah juga melarang lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan. Lihat, betapa urusan ikhtilat ini dititikberatkan oleh Allah dan Rasulullah. Siapalah kita untuk meremehkan perkara ini sebenarnya ? Tepuk dada, tanya iman dan diri. 

Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai daripada kalangan masyarakat kita yang memandang remeh serta memandangnya sebelah mata sahaja. Zaman moden sekarang ini, masyarakat sudah tidak lagi memandang soal-soal sebegini. Maklumlah, diliberalkan Islam pada masa sekarang. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Alahai, betapa jumudnya pemikiran masyarakat sekarang. 


Apakah hukum ikhtilat sebenarnya ? Pasti semua pembaca tertunggu-tunggu mengenai hal ini. Hukum asal ikhtilat yakni pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang demikian, ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassat fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di bawah : 


  • Pertama - Harus kerana terpaksa (dhorurah)
  • Kedua - Harus kerana keperluan (hajat)

Bagi keadaan yang pertama berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syaf'ie : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf dia berdua-duaan dengan wanita tersebut dengan tujuan untuk menemaninya. 


Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Antaranya ialah : 
  • Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
  • Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
  • Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya
Hal ini demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
  • Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
  • Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda SAW.
  • Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'ei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak makan kerana mereka mengutamakan tetamu.
  • Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan  walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi  seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ei.
  • Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
  • Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.
  • Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalarn kitab Muwatta'. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.

✿✿ Batasilah Ikhtilatmu ✿✿

Jaga serta batasilah diri kita dengan mengamalkan beberapa adab ikhtilat. Antara adab ikhtilat dalam Islam ialah : 
  • Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
  • Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
  • Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. 
  • Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 
  • Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

InsyaAllah diri kita akan berada dalam keadaan selamat sekiranya kita mengamalkan adab-adab ikhtilat dalam Islam. Sayangi serta cintailah diri kita. 


Wahai sahabat sekalian, "Boleh jadi urusan kamu mendapat keredhaan Illahi atau mendapat yang sebaliknya yakni kemurkaanNya." 

Sayangilah agama kita. Setiap undang-undang dan hukum-hakam yang telah diperintahkan bukanlah bebanan untuk kita, sebaliknya, itulah kebaikan ke atas kita. Yakinlah pada Allah.


Sebagai peringatan ke atas diri sendiri yang sedang leka dengan alam maya. Juga pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan. Astaghfirullahala'zim. Tanpa kita sedar,,, Ya Allah :'(

Moga sering dalam ingatanku. Jaga tingkahlaku. Jaga silaturrahim bukan sahaja dalam "real life", malah dalam "virtual world".. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Remind me if i'm melampaui batas syariah.. Teruknya aku.. :'(

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat mardhatillah dan syurgaNya yang abadi. Jangan sia-siakan usia kita dengan perkara yang tidak diredhai Ilahi. Ketahuilah bahawa hidup dan mati kita hanya untukNya. Jadi, marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita ke arah kebaikan. Semoga kita semua menjadi insan soleh dan solehah yang muslih dan memuslihkan. InsyaAllah. 

withlove : qaisaraIra_ziralatif


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥

Sedang asyik menyingkap segala memori yang terdapat di page SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab , tiba-tiba rindu ini berkunjung tiba.. Ya Allah, di situlah mula nya perjalanan hidupku sebagai anak yang baru mula belajar untuk berdikari.. Menjelajah, mencari ilmu, yang sangat berguna untuk masa hadapanku sehinggalah aku menjadi aku sekarang ini.

Bermula dengan sejarah SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab...


  • Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dilahirkan di Kampung Sinjan, Sarawak pada Jumaat 10 atau 11 Muharram 1281H (1863)
  • Beliau merupakan guru kepada beberapa orang ulama terkenal seperti Dr, Abdul Karim Amrullah (HAMKA) dan Sheikh Tahir Jalalludin.
  • Beliau meninggal dunia pada pukul 5.10 pagi Jumaat 23 Zulkaedah 1339H (1921M) di Mekah.
  • Apabila meninggal dunia, jenazah beliau diuruskan oleh salah seorang guru beliau sendiri iaitu Syeikh Said Al-Yaman.
  • Solat jenazah beliau dilakukan oleh beribu-ribu orang sebelum disemadikan di Tanah Suci Mekah.



            Sekolah ini dimulakan pada tahun 1976 yang ketika itu menumpang di Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Kuching No. 2 di Bintawa. Pada peringkat ini, hanya aliran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diwujudkan. Pada Januari 3, 1977, sekolah ini telah dipindakan ke tapaknya yang tersendiri di Batu 14 Jalan Matang, Kuching. Pada waktu tersebut, nama sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah  Kerajaan Matang. Setahun kemudian, iaitu pada tarikh 29 Mei 1978, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kerajaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. 

            Proses untuk memulakan pengajian aliran agama bermula sebelum nama sekolah ini ditukar daripada SMK Matang kepada SMK Sheikh Haji Othman. Pada waktu itu, iaitu pada tahun 1977, selepas mendiami tapak kekalnya, dua buah kelas aliran agama tingkatan satu telah dibuka secara rasmi oleh Yang berhormat Tuan haji Salleh Jafarudin, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Pembukaan kelas aliran agam telah membolehkan sekolah ini mewujudkan tiga aliran iaitu aliran Bahasa Melayu, aliran Bahasa Inggeris dan aliran agama.

            Bersesuaian dengan penubuhan kelas agama tersebut, nam sekolah telah ditukar kepada SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pembukaan rasmi tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar kerana buat pertama kalinya negeri Sarawak mendapat sebuah sekolah aliran agama. Kewujudan sekolah ini, pada waktu tersebut, memberi kesempatan penduduk seluruh Sarawak menghantar anak-anak mereka mendalami pengajian agama islam. Pembukaan tersebut membuka lembaran baru kerana SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan memberi laluan kepada penubhan lebih banyak sekolah agama di Sarawak dan sekaligus meningkatkan proses penyebaran agama islam di Sarawak.

            Nama Sheikh Haji Othman dipilih sebagai penghormatan kerana beliau menjadi ulama Sarawak yang berketrampilan. Beliau bukan sahaja mendapat pendidikan asas di Masjidil Haram, Makkah, seterusnya menjadi tenaga pengajar di masjid tersebut; penghargaan yang bukan kecil bagi seorang melayu dari rantau Asia Tenggara. Peranan beliau juga adalah begitu besar dalam tranformasi sosial di alam melayu apabila mampu melahirkan ramai tokoh ulama terkenal seperti Dr. Abdul Karim Amrullah (Buya HAMKA) dan Abdullah Fahim (Datuk kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi). 

Ini merupakan sedikit sebanyak tentang penubuhan SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

Aku mula menjejakkan kaki ke sekolah ini pada tahun 2006. Alhamdulillah terpilih menjadi sebahagian dari keluarga SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. 

Pada masa tu, asrama perempuan ada 6 buah dan asrama lelaki 3 buah. Sepanjang aku berada di sekolah tersebut, aku pernah tinggal di asrama Asma' Abu Bakar, Fatimah Az-Zahra dan Sakinah Hussein. Dan sepanjang di sana, aku tidak pernah tukar kelas, aku sentiasa berada di kelas Syafie. ^_^


Ini merupakan pejabat pentadbiran di SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Di sini jugak terdapatnya perpustakaan sekolah.


Ini pula DEWAN SHOAW. Di sini lah tempat pelajar berkumpul setiap pagi. 


Ini kantin sekolah. 


Ini dewan kuliah sekolah. 


Ini lah masjid sekolah, Masjid Ar-Rahman.. Ya Allah, banyak kenangan di sini bersama tenaga pengajar dan sahabat-sahabat semua.. Di sinilah bermulanya aku dilatih menjadi naqibah untuk pelajar tingkatan 1, sebagai Badan Dakwah & Rohani (BADAR) sekolah.


Dua aktiviti utama yang aku sertai semasa kat sekolah dahulu.. Taekwando dan bola jaring.. Rindunya nak main kat sini.. 


Di sini lah tempat kami selalu berkumpul. Dewan SHOAW.. Di sini jugak aku pernah menerima anugerah sebagai pelajar yang memberi sumbangan aktif dalam kokurikulum, Johan Hafazan perempuan, Johan Hafazan menengah atas. Di sini jugak aku pernah dihukum. Hahahaha!



Sebelum bermulanya Sukan Rasmi sekolah, kebiasaan nya kami akan buat laringan merentas desa. Dan seperti biasa, aku tak pernah berlari semasa merentas desa ni.. haha...


Dan pada hari sukan, kami kebiasaannya melangsungkan acara di Stadium Negeri Sarawak. Sepanjang aku berada di SHOAW, acara yang pernah aku sertai, lempar cakera, larian 200m, 800m dan lari ganti 100m. keputusannya? ahaha.. biarlah rahsia... 


Dan inilah keadaan sekolah kami.. Penuh dengan kenangan.. Suka duka,, Di sinilah aku mula mengenali ilmu agama dengan lebih mendalam lagi.. Aku mula kenal bahasa arab. Aku mula kenal kaedah-kaedah pembacaan Al-Quran.. Aku mula mengenali sahabat-sahabat.. Aku mula kenal segala apa yang perlu aku tahu dalam kehidupan sebagai muslim. 



Inilah kami, pelajar 5 Syafie.. Kelas sains.. Ya Allah, rindunya dengan sahabat-sahabat aku ini.. Bermacam karenah yang ada. Moga korang semua berjaya menemui kejayaan dan menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan ni,.. ok? ^_^

Dan, bermulahnya tahun hadapan (2014) segala kenangan yang kami ukir di sini akan bersemadi dengan tenang. Kerana sekolah kami akan berpindah ke tapak baru. Moga dengan perpindahan sekolah kami ini akan mendapat keredhaan serta keberkatan dari Allah s.w.t.. Semoga pencapaian sekolah kami ini juga akan sentiasa meningkat serta In Syaa Allah akan melahirkan ulama yang berjuang untuk agama sepertimana Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Amin~..

~Setakat ini je lah celoteh ku tentang SMKA SHOAW. Aku rindu.. Aku rindu.. Aku rindu.. ~

withlove : qaisaraIra_ziralatif












Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥


Dialah RATU hatiku...

Tanpa dia, aku takkan kenal erti kehidupan.. Dialah yang menjaga dan mendidikku.. Dia ada ketika ku sakit.. Dia ada ketika ku kesunyian.. Dialah teman hidupku.. Dialah satu-satunya doktor, guru, pengasuh, tukang masak, jurutera, tukang jahit, pengurus bank, dan semua pekerjaan yang ada di muka bumi ini, dialah yang paling hebat! Dia lah ibuku.. Yang telah melahirkan aku.. Yang membawa aku ke mana-mana selama 8 bulan.. Sehingga tepat pukul 9.20 pagi, 17 April, aku telah melihat dunia, tetapi dia yang bersusah payah menahan sakit untuk memberi peluang kepadaku untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. ini.. Ya Allah..sungguh besar pengorbanan mu wahai ibuku... Tidak habis dengan itu, dia dah menjaga ku dengan penuh kasih sayang... sehingga aku besar dan telah menjejak ke alam univeersiti.. Alhamdulillah.. Terima kasih ibu..

Tapi, ketika ini, hati ini sering terdetik, adakah aku dah menjadi anak yang ibu harapkan? Sedih hati ini.. Tika ibu menahan sakit, aku tiada di sisi nya.. Aku jauh dari dia.. Sedangkan tika aku sakit, dia sentiasa ada di sisi ku.. "Ya Allah,. Engkau jagalah ibu tika aku di rantauan ini.. Hati sangat gelisah pabila mengetahui ibu sakit.. tapi apakan daya ku.. Aku tidak mampu untuk segera balik ke sana.. Hanya doa yang mampu aku kirimkan... Ya Allah, lindungilah ibuku.. Hindarlah ibu dari apa-apa kesusahan.. berilah dia kesenangan.. berilah dia kesihatan yang baik.. Hanya Engkau yang Maha Kuasa.."

3/12/12... Aku tahan sebak di hati.. Lindungilah dia Ya Allah.. Moga dia baik-baik sahaja.. Ibu adalah nyawaku.. 

4/12/12.. Alhamdulillah, ibu cakap dia dah semakin sihat...

Moga hari-hari esok, ibu akan semakin sihat... Anak mu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu wahai ibu, wahai ayah ku.. Sayang kedua nya... 

[ Moga hati ini sentiasa kuat untuk mengukir senyuman.. Moga ayah dan ibu sentiasa dalam sihat sejahtera...Sahabat-sahabat, doakan kesejahteraan ibu dan ayah Ira ea..Alhamdulillah, hari ini sentiasa senyum.. Dalam hati siapa yang tahu.. Senyum itu penguat hati.. :) ]

withlove : qaisaraIra_ziralatif


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥

Kadang-kadang hati ini sangat sukar dimengertikan..
Adakah kerana aku tidak kenal akan diriku yang sebenar?
Ya Allah...

Jiwa ini sangat kerdil..
Suka dan duka sering seiring hadir ke dalam lubuk perasaan..
Mengapa ini sering terjadi?
Adakah kerana jiwa aku kosong?
Mungkin apakah kerana hati ini disaluti kotoran?
Atau adakah mungkin aku jauh dari-Nya?
Mungkin juga kerana aku tidak kenal diriku sebenar!

Langkah demi langkah aku teruskan..
Menyingkap segenap pelosok..
Yang mungkin aku peroleh cahayanya...
Cahaya yang terang menerangi kehidupanku..

Akan ku gagah tempuhi segalanya..
Penghijrahan yang mungkin sukar aku lewati..
Tapi, inilah perjalananku!
Inilah perjalananku!
Inilah perjalananku!
Semakin hampir, semakin hampir..

Ya!
Itulah jalanku! 
Itulah tujuan hidupku!
Itulah diriku!
Itulah Penciptaku!

Tanpa menghiraukan bibit-bibit bisikan..
Aku bersua.. dengan "dia"...
Tuntasnya, aku adalah diriku...
Aku hidup! Aku bahagia! Akulah khalifah...
Yang akan memakmurkan bumi...
In syaa Allah...

withlove : qaisaraIra_ziralatif


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik baginya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.,"
(Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a.)



Persoalan,,
Mengapa di usia ini, sering sahaja timbul masalah yang kita tidak pernah dapat sebelum ini.. lebih-lebih lagi soal hati.. itulah masalah yang rumit untuk kita rungkaikan.. masalah hati, kekuatan iman.. hati yang lemah, tetapi iman yang teguh, In Syaa Allah, kita boleh bertahan.. sebaliknya, kalau hati kita kuat sekalipun, tetapi iman kita bagai kayu reput yang bila-bila masa sahaja boleh patah, kita takkan mampu untuk bertahan dengan hati kita yang kuat itu... 

Sahabat, kalau disoalkan tentang kehidupan, pastinya, pelbagai jawapan yang kita peroleh.. kehidupan kita tidak sama,sayang. Mungkin kehidupan kau lebih selesa.. Kau dikelilingi oleh rakan-rakan yang sangat menyenangi dirimu.. Kau baik.. Berhati lembut.. Keluarga yang sangat mengambil berat tentang dirimu.. Kehidupan yang sangat selesa berbanding diriku.. 


Sahabat, kalau kau nak tahu, aku pernah jadi seorang yang jahil, jauh terpesong dari diriku.. Hidup tersangat kosong.. Tiada tempat nak bergantung harap.. Aku sendiri melangkah tanpa mengetahui jalan yang sebenar.. Ku membawa diri jauh dari orang lain.. Keluarga yang kurang perhatian.. Rakan-rakan yang hanya berkawan atas sebab fizikal, bukan kerana ikhlas bersahabat..


Sahabat, mungkin kau tak pernah lalui semua itu.. Aku merasa! tersangat perit! Sakit! Pedih! Setiap hari aku berfikir, "Adakah betul jalan yang aku tempuh ini?".. "Ke mana aku hendak tuju selepas ini?" Kadang-kadang pernah aku terfikir, "Siapa diri aku sebenarnya?".. "Mengapa aku harus lalui semua ini?".. Mengapa begini, mengapa begitu.. "Allah tak adil!." Astaghfirullah al-azim.. 

Aku jatuh, lemah, tersangat lemah nak angkat semula untuk mencari mentari yang bersinar di ufuk timur.. Aku tidak berdaya lagi...
Sehingga lah, aku berjumpa dengan seorang sahabat yang mula merapati diriku,, yang sudi berkawan dengan ku.. Yang sangat ikhlas.. Dia hulurkan tangannya untuk memberi semangat kepadaku.. Kembali teruskan perjalanan, tetapi bukan teruskan perjalanan yang sebelum ini pernah aku tempuh, tetapi jalan yang baru.. Aku mula perjalanan yang baru!! Dia membimbing tanganku, dia mengajar diriku, dia menyalakan api semangat ke dalam diriku, dia kembalikan rohku ke dalam jasadku.. 
Alhamdulillah.. Sekarang ini aku telah menemui jalan hidupku, tujuan hidupku, disebabkan huluran tangan beserta kasih dan sayang yang dia curahkan kepadaku.. penuh dengan kelembutan.. kesenangan.. Dia juga selalu berpesan, "Jagalah hati, jagalah iman.. In Syaa Allah, engkau akan temui jalan yang engkau mau, jalan yang kau nak tuju, impian hidupmu, tujuan hidupmu.. Kita akan berpisah, kau bawa diri kau ke Kolej Matrikulasi, aku akan sentiasa di sini menunggu kepulanganmu.. Moga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat ya ukhti.." Subhanallah.. Alhamdulillah.. Dia lah sumber inspirasi diriku.. Sehingga sekarang, kami masih rapat seperti dulu, memperkuatkan lagi jiwa yang ada,. ikatan yang kami jalinkan sentiasa berada di tempat yang harmoni, wahai sabahatku..

Sahabat, tidakkah kau nampak, ujian yang diberi kepada setiap individu itu sangat berbeza.. Kau mungkin sentiasa berada di zon yang selesa.. Berbeza dengan diriku yang pernah lalui liku-liku yang penuh duri.. Tapi, tersangat manis kalau aku imbas kembali zaman itu kerana sinar yang Allah berikan kepadaku tersangat cerah.. Dia hantarkan seorang sahabat supaya mengajakku kembali bersemangat.. Sungguh indah perancangan Allah itu..Tidak kau rasa, sungguh besar kebesaran Allah?

Aku takkan sia-siakan nikmat yang Allah berikan.. Sahabat, ingatlah,, jagalah hati, kuatkan semangat.. kita sebagai manusia memang tidak lepas dari ujian.. Yang membezakan hanya ujian kecil mahupun besar.. Dan sebesar-besar ujian itu adalah ujian hati.. Mungkin mudah kalau kita lihat dari luaran, tetapi, itu ujian yang mungkin akan membuatkan kita sentiasa resah.. Usah kau ikutkan kata hati tanpa berfikir dengan panjang, kerana mungkin kau akan peroleh bencana dari itu. Mohonlah kepada Allah, moga sentiasa di jaga hati kita. Hati yang kecil boleh menyebabkan kita lemah jika tidak kita pelihara. 


Dan, wahai sahabatku, jika kau rasa kau jatuh cinta, imbas kembali, adakah sudah cukup cinta yang kau curahkan kepada Allah s.w.t.? cinta yang kau hulurkan kepada ibu bapa kau? kepada orang sekeliling kau? tidak salah kalau kau mencintai dia, tapi, ingatlah orang yang dah mencurahkan cinta dan kasih sayang nya kepada kau.. Fikirkan lah...


SAHABAT, kalau kau nak tau,..
Hidup ini adalah pilihan. Dalam pilihan, terselitnya ujian. Ujian untuk memilih. Sama ada baik atau sebaliknya, kita bakal memilihnya. Jika tersilap memilih, masih ada ruang buat diri untuk berbalik pada pangkalnya. Jika pilihan yang dibuat oleh diri itu benar dan tepat, maka bersyukurlah pada-Nya dan jangan sesekali kita mengkhianati-Nya.
Tetapi… bagaimana jika keliru?Tanya pada diri.

Moga kau peroleh kemenangan dalam menangani masalah dalam dirimu.. Uhibbuki fillah.. 



وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
 Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)..
~ Moga peroleh manfaat dari nukilan ini..khas buat "KMS"~
withlove : qaisaraIra_ziralatif


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥

Sejak umur menjangkau 20 tahun ni, hati ku seringkali terusik sehingga aku sendiri kurang memahami apa yang terdapat di sebalik sekeping hati kecil ku ini. Haa, dan sememangnya, bagi setiap insan pasti merasai bermacam-macam nikmat yang telah Allah kurniakan kepada mereka. Begitu juga lah terhadap diri ini. Jadi, topik kali ini yang ingin aku bicarakan ialah berkaitan dengan CINTA. Apa yang mungkin sahabat katakan tentang CINTA? Let's we see...

Semestinya pernah, sahabat melirik ayat-ayat yang disunting oleh Fatimah Syarha, seorang novelis melalui bukunya yang berjudul Cinta High Class iaitu "Cinta high class ialah cinta yang mendaulatkan ALLAH nombor SATU. Cintamu padaku kerana Allah, tuhanMu yang SATU, cintamu berMUJAHADAH menahan nafsu!" Subhanallah, begitu suci CINTA jika sahabat mengerti dengan lebih mendalam melalui ayat ini.

Begitu juga, dalam filem Ketika Cinta Bertasbih, kata-kata dari Ayatul Husna, "CINTA adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi riang, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibbah, itulah CINTA". Allahuakbar, begitu kuatnya kuasa CINTA itu.

Cinta jika salah ditafsirkan, maka hancur berkecailah kaca-kaca yang menyelubungi bibit2 sesuatu cinta itu. Sesuatu yang putih pabila kita goreskan sedikit dengan hujung mata pensel, maka kotorlah ia. Begitulah cinta, jika kita lukakan, maka sukarlah untuk kita lupakan. Maka, sahabat-sahabat ku yang dikasihi, janganlah anda kotori kesucian CINTA itu kerana kesucian nya begitu agung dalam kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah s.w.t. ini.

Cinta itu bukan sahaja sesama insani, tetapi, juga kepada Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w., ibu bapa, saudara mara, sahabat taulan, malah kepada makhluk Allah s.w.t. di muka bumi ini juga berhak mendapat cinta kita. Tidak ku nafikan, aku pernah menerima cinta dan memberi cinta, tetapi, tragedi nya, hanya habuk yang mengotori pernafasan. Tapi, itu aku yang dulu, bukan aku yang sekarang. Itu aku yang jahil, sekarang aku berusaha ke arah aku yang berilmu. Dulu aku di khayalan, sekarang aku di realiti. Dulu aku terumbang-ambing, sekarang aku usaha untuk kembali melabuhkan sujud kepada-Nya.

Cinta itu, sekiranya aku ketemu kembali, akan aku serahkan kepada Yang Esa, sekiranya aku kejumpa lagi, akan ku sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., sekiranya aku perolehi, akan ku bagi kepada ibu bapa dan saudaraku, dan akhirnya, sekiranya cinta itu, aku bersatu dalam sujud istikharahku, akan ku hulurkan kepada yang halal bagiku. Begitulah akan aku rencanakan perjalanan cinta ku setelah ku amati apa itu cinta, kesucian cinta itu.

Ada yang tidak mempercayai cinta, ada yang begitu senang dengan cinta. Adakah kita betul-betul tau apa itu cinta? Berdasarkan pelbagai bacaan yang aku selidiki, memang sukar untuk kita peroleh apa itu cinta. Hanya ku jumpai bibit-bibit kata-kata cinta yang digambari oleh para filosofi yang mungkin dapat kita fahami melalui fikiran yang waras. 

Jadi, tidak dapat ku tafsirkan apa itu cinta dengan tafsiran yang selayaknya. Dan sekiranya kita mengerti, cinta itu tersangat agung! dan cinta agung itulah yang layak kita serahkan kepada Allah s.w.t. sebelum makhlukNya yang lain, kerana Dia amat mencintai hamba-Nya. Tiada kata dapat ku ungkap selain puisi yang kujumpa...

"Ku bicara cinta dari lautan dalam yang terpendam, mutiara yang indah memancar cahaya, namun sedikit yang dapat melihatnya, kerana tersilau dengan mutiara palsu..
Cinta dalam dirimu perlu dibangunkan, dengan bibir yang mengalun zikir, taubat dan tafakur, sehingga ia meresap ke seluruh daging tulang serta aliran darahmu, dengan cinta namaNya yang Agung...
Cinta dalam dirimu perlu disedarkan, dari terus tidur tanpa batasan, agar bisikan cinta waktu subuh dapat dirasai sehingga dirimu fana dalam keasyikan.." -Bicara cinta sang faqir-

Begitu indah kata dengan melafazkan tentang cinta, tapi , usah bicara tentang cinta, jika itu hanya menjadi igauan sema-mata.. andai kita terjerumus, kembalilah ke alam nyata, jangan biarkan fantasi menguasai diri kita, kerana itu hanyalah cinta nafsu semata-mata!

Sekiranya cinta itu pula datangnya dari Allah s.w.t. terimalah ia, fikir sejenak, hulurkan tangan, mintalah bantuan Dia.. In syaa Allah, bahagia yang menanti dirimu.. :')

Akhir kata dari hati ku yang tulus...
"Aku mencintaimu kerana ilmu yang ada dalam dirimu, aku menyayangimu kerana kelembutan hati yang lahir dari sanubarimu, aku merindukanmu kerana Allah wujudkan bayanganmu di terbit mataku.. Tapi, aku tepis! kerana masa ini, aku hanya ingin serahkan cintaku hanya kepada Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w., ibu bapa saudaraku serta ilmu yang aku cari.. Bila sampai masa nya, akan ku sampaikan ke istikharahku.. Moga engkau sudi menungguku sehingga waktu itu, wahai bakal imamku!" ^_^
~merepek sebentar..hahaha~

withlove : qaisaraIra_ziralatif


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥



Selagi nadi ku tidak berhenti, 
Selagi itu akanku teruskan perjuanganku...


Begitulah ungkapan yang aku sering laungkan ke dalam 
diriku supaya sentiasa tabah dan kuat untuk menelusuri liku-liku kehidupan 
yang akan ku pijak pada hari-hari yang mendatang...


Dan setiap apa yang aku lalui, pasti bermacam babak yang dapat kusimpulkan..
ada yang suka mahupun yang duka.. 
Itulah kehidupan.. 
sesuatu yang tidak dapat kita jangka kan.. 


Malah, aku kurang pasti, di manakah klimaks bagi alam kehidupan ku ini... 
aku dapat rasa kan bahawa plot-plot kehidupan ku ini masih 
berada pada babak eksposisi... 
malah masih secupak adegan yang terhasil dalam perjalanan hidup ku ini..


Tuntasnya, masih belum terlambat bagi diriku untuk mengubah 
jalan cerita ku yang mungkin pada suatu hari nanti akan
 membuatkan sesebuah drama itu tidak mendapat 
sambutan dari Allah s.w.t., malah jauh dari mardhatillah.. 

Sekarang lah masa nya untuk ku reka kembali dan lukis semula 
warna-warna kehidupan yang akan kuciptakan dengan
 penuh warna-warni serta wujudnya riang ria.. 
akan ku singkir kan segala melankolik yang bakal hadir dalam diriku.. 
Aku akan menjadi protagonis dalam setiap babak 
yang akan wujud dalam drama kehidupan ku..


Akan ku sentiasa beringat bahawa aku adalah hamba Allah s.w.t. 
serta khalifah-Nya bagi mentadbir alam ini.. 
Perjuangan takkan ku sia-sia kan sehingga 
jatuhnya jasadku di muka bumi ini..


Moga Allah redha akan setiap perbuatanku dan watak-watak 
yang wujud dalam drama ku ini..

Amin Ya Rabbal A'lamin..

withlove : qaisaraIra_ziralatif


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥


Kehidupan ini tidak hanya dalam satu keadaan. Kadang kala ada senang, tetapi ada juga duka.. Ada canda, begitu juga adanya tawa.. Ada sihat, dan semestinya adakalanya sakit.. Dan mesti kita sedari, semua ini adalah sunnatullah yang mesti setiap hamba Allah di muka bumi ini laluinya.

Allah 'Azza wa Jalla berfirman yang bermaksud, "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (para rasul) kepada umat-umat sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan kesengsaraan dan kemalaratan agar mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri." (QS Al-An'am : 42)

Mungkin keadaan sakit ini lebih sedikit dan hanya seketika kalau dibandingkan dengan keadaan sihat. Tetapi perlu bagi setiap muslim mengetahui bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya samada diketahui ataupun tidak. Maka, hati seseorang muslim itu mestilah sentiasa redha akan ketetapan Allah s.w.t.. Bahkan, dengan sakit, banyak orang sedar akan kekeliruannya selama ini sehingga membawa mereka menuju ke pintu taubat. Dan yang selamanya sihat membuatkan mereka sombong dan bongkak sehingga melupakan nikmat yang Allah berikan kepada mereka.

Tidak hairanlah sekiranya sebahagian orang, disaat ditimpa musibah tetapi mereka gembira sebagaimana gembira mereka ketika ini mendapat kelapangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "...dan sesungguhnya salah seorang mereka benar-benar merasa gembira kerana mendapat cubaan, sebagaimana salah seorang mereka senang kerana memperoleh kelapangan." (HR Ibnu Majah dan Al Hakim, beliau berkata, "Sahih menurut syarat Muslim." Disepakati oleh Adz Dzahabi)

Dalam satu waktu, Rasulullah s.a.w. menjenguk Salman al-Farisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah s.aw. bersabda, "Sesungguhnya ada tiga pahal yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah s.w.t., doamu dikabulkan-Nya dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu."

Rasulullah s.a.w. pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. "Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi." (HR Muslim)


"Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya." (HR Bukhari-Muslim)

~ Alhamdulillah, kerana Allah telah memberikan peluang kepada Ira merasa betapa perit dan pedihnya apabila berada dalam kesakitan yang tiada ditemani oleh ibu dan ayah di sisi. Begitu sedih dalam hati ini, di saat Ira berperang melawan kesakitan, ibu dan ayah tiada di sisi. Tapi, bersyukur kerana masih ada kawan-kawan yang sudi menemani di kala Ira memerlukan kehadiran ibu dan ayah. Mak ayah, mok balit umah! :'(

qaisaraIra_ziralatif






Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥

^_^

Hati ingin sekali untuk melakar ceritera kehidupan, tetapi fikiran hilang untuk merobek ayat yang puitis... Adakah aku sedang banyak berfikir tentang kehidupan yang sangat membebankan? "Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan perkara yang diluar kemampuan hamba-Nya".. Jadi apakah yang sebenarnya wujud dalam benak fikiran ini?

Mungkin saban hari ini, aku sering didatangi dengan pelbagai bentuk masalah..tapi itu semua hanya sekecil-kecil masalah yang dapat aku bendung dengan tenaga yang aku ada sekarang ini.. cuma mungkin hasutan syaitan yang durjana itu membuatkan aku berat untuk menyelesaikan semua masalah itu.. Ya Allah, Engkau jauhilah syaitan-syaitan yang sering berbisik kepadaku.. 

Tatkala ini, wujud di benak fikiranku untuk mengukir semula tinta yang telah lama aku tinggalkan.. Bukan aku menghilang, tetapi sibuk dengan urusan yang tidak ke penghujungnya.. Hati ini kadangkala mengeluh kerana letih dengan semua yang terjadi, tetapi aku kuatkan untuk terus maju ke hadapan.. Supaya aku dapat serahkan kejayaan yang aku kecapi kepada kedua orang tua ku...

Waktu ini juga, aku sangat merindui keluarga ku yang berada jauh dari sisiku.. Hanya telefon yang menghubungkan kami.. Ya Allah, air mata ini sering menitis tatkala mengingati orang tua ku yang berada di kampung.. Mungkin ini dugaan dan cabaran yang Allah selitkan kepadaku tatkala aku menimba ilmu-Nya di muka bumi ini.. Moga aku dapat bersabar dengan semua ini.. Hanya titipan doa yang aku mampu untuk berikan kepada orang tua ku.. Moga Allah sentiasa melindungi mereka walau di mana jua mereka berada...

Hanya ini sahaja yang mampu aku tulis untuk kali ini... Tidak ada kata yang sering aku persembahkan melainkan ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana telah mengurniakan keluarga dan sahabat-sahabat yang sering melaungkan kata-kata semangat yang membuatkan rohku kembali ke jasad.. 

ALHAMDULILLAH.. 

qaisaraira_ziralatif


Don't be afraid to change.. You may lose something good but you may gain something even better.. ♥